Search This Blog

Wednesday, October 17, 2012

Hercules 28 SuperFast

Ini adalah kisah seorang peminat basikal tua di utara tanah air.Demi minat yang sangat mendalam terhadap basikal tua,beliau telah melakukan sedikit perubahan pada basikal Hercules 28 kesayangan beliau,walaupun melibatkan kos yang agak tinggi tetapi itu bukan halangan.

Menurut cerita si empunya basikal,beliau membeli basikal ini dari seorang kenalan di sebuah kampung di daerah Ijok ,Kedah,degan harga rm 150.Pemilik asal basikal ini mengunakan basikal ini sebagai kenderaan untuk mengangkut susu getah.


Setelah menggunakan basikal ini selama lebih kurang 4 tahun beliau mendapat idea untuk menambah sebuah enjin pada basikal ini.Satu idea yang sangat kreatif !

                                                       INI LAH HASILNYA

Mempunyai sistem enjin 2 lejang,siap dengan spark plug,kunci untuk menhidupakan enjin dan yang paling menarik basikal ini mempunyai eksoz untuk melepaskan asap ke udara....

Dengan kapasiti minyak 3 liter,basikal ini mampu begerak selaju 15 kilometer sejam.

Walau pun menpunyai enjin,ciri-ciri asal basikal ini masih lagi di kekalkan oleh pemiliknya


Usaha beliau harus dipuji ,dengan sedikit idea yang inovatif menjadikan basikal ini sesuatu yang sungguh unik.


                      Hercules 28 SuperFast

2 comments:

where puEpa said...

Salam..boleh tak saya hendak sewa basikal tua ini untuk program Dinner kami dengan tema klasik retro ??

ByZoom said...

Maaf ye kepada yang bertanya....awal awal lagi tuan empunya basikal ini dah bagi amaran tidak mahu jual/sewa....takut basikal nya 'cedera'