Wednesday, November 11, 2009

1906 ROYAL SUNBEAM






Ini adalah salah satu model basikal dari royal Sunbeam 1906 .




Memerlukan sedikit pembaikan untuk kelihatan segak kembali.







1951 RALEIGH BICYCLE

Tengok siap boleh hutang lagi.Rasanya ada tak lagi tokey cina yang boleh bagi hutang macam ni untuk model Raleigh model tahun 1951.
Berbagai model dari syarikat Raleigh.Kepada peminat dan pengumpul basikal tempatan ayuh kita cuba kumpulkan kesemua model yang ada.







MODEL : 22 Gent
:22 Lady


Tuesday, July 21, 2009

Basikal Tua Keliling Semenanjung


Bagi pihak Geleribasikal(GB) ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan En Nor Izam Abd Latif kerana berjaya mengelilingi semenanjung dengan menaiki basikal tua.Syabas kerana berjaya mengayuh sejauh 2500 km,satu jarak yang agak jauh.


Sunday, May 24, 2009

Sejarah pos Malaysia dan Basikal
















Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya.
Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.
Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.
Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos).
Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.












SUMBER POS MALAYSIA
















Monday, February 23, 2009

Lampu kabaid "LUCAS CALSIA"













lampu basikal kabaid ini dibuat oleh JOSEPH LUCAS LTD ENGLAND madel calsia

Friday, February 6, 2009

KISAH PENARIK BECA



Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lancayang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Menjelang Perang Dunia 2 dan selepasnya, kekurangan petrol telah melonjak beca sebagai sistem pengangkutan yang murah dan boleh diharap.

Pada masa kini, beca masih digunakan tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.

Di Indonesia, banyak beca telah dirampas dan dilupuskan sebagai tukun, sebagai langkah kerajaan menghapuskan perkhidmatan beca tanpa lesen.

penarik beca di Pulau Pinang sedang menuggu pelanggan


BECA DI PULAU PINANG











Friday, January 30, 2009

NI SPESIS APA TAH ?















BASIKALGELERI

BASIKALGELERI

Blog Archive