Search This Blog

Sunday, May 24, 2009

Sejarah pos Malaysia dan Basikal
















Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya.
Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.
Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.
Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos).
Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.












SUMBER POS MALAYSIA
















2 comments:

Anonymous said...

Ini ulangSaya ada memilik 2 buah basikal Raleigh DL-1, satu model tahun 1951 yang saya beli dari pemilik dia sendiri. Yang satu lagi saya beli dari budak yang kumpul besi buruk, model sekitar 1960an. Saya beli sewaktu belajar di Semenanjung dulu. Kalau mau cari basikal ala Raleigh, di Sabah ada jual basikal Flying Pigeon buatan China, harga 300! Kalau tidak silap di Semenanjung pun ada, basikal Rolex. Kalau mau Raleigh original, terpaksalah merayau-rayau di kampung.an komen saya yang dulu:

ByZoom said...

Wah bagus koleksinya dua buah basikal Raleigh.