Search This Blog

Monday, March 13, 2017

Wednesday, February 4, 2015

Basikal kanak Tricycle

Seorang jurutera industri telah mencipta basikal ini pada tahun 1940.Pada ketika itu basikal ini hanya boleh di beli oleh ibubapa yang berada sahaja.Menjadi satu kebanggan kepada setiap kanak kanak jika mempunyai basikal roda tiga ini.
Untuk memudahkan kanak kanak menggerakan basikal ini,pedalnya di letakan di hadapan.

Wednesday, February 26, 2014

Basikal dan Seniman



GAMBAR DARI RUMAH P.RAMLEE P.PINANG

Wednesday, October 17, 2012

Hercules 28 SuperFast

Ini adalah kisah seorang peminat basikal tua di utara tanah air.Demi minat yang sangat mendalam terhadap basikal tua,beliau telah melakukan sedikit perubahan pada basikal Hercules 28 kesayangan beliau,walaupun melibatkan kos yang agak tinggi tetapi itu bukan halangan.

Menurut cerita si empunya basikal,beliau membeli basikal ini dari seorang kenalan di sebuah kampung di daerah Ijok ,Kedah,degan harga rm 150.Pemilik asal basikal ini mengunakan basikal ini sebagai kenderaan untuk mengangkut susu getah.


Setelah menggunakan basikal ini selama lebih kurang 4 tahun beliau mendapat idea untuk menambah sebuah enjin pada basikal ini.Satu idea yang sangat kreatif !

                                                       INI LAH HASILNYA

Mempunyai sistem enjin 2 lejang,siap dengan spark plug,kunci untuk menhidupakan enjin dan yang paling menarik basikal ini mempunyai eksoz untuk melepaskan asap ke udara....

Dengan kapasiti minyak 3 liter,basikal ini mampu begerak selaju 15 kilometer sejam.

Walau pun menpunyai enjin,ciri-ciri asal basikal ini masih lagi di kekalkan oleh pemiliknya


Usaha beliau harus dipuji ,dengan sedikit idea yang inovatif menjadikan basikal ini sesuatu yang sungguh unik.


                      Hercules 28 SuperFast

Saturday, September 15, 2012

Barang Lama


Basikal budak ini dari tahun 1920,basikal unik ini mempunyai gaya eropah.Ia menpunyai sistem brek tangan yang sangat luar biasa
.Namun begitu "Galeri Basikal" masih lagi gagal untuk menemui jenama basikal ini

.
Kerangkanya di perbuat dari keluli,dan yang lebih menarik basikal ini masih lagi mempunyai loceng asal.



Ini lagi hebat,pam basikal lama yang mempunyai dua injap.Percaya kah anda pam ini diperbuat dari tembaga dan sedikit campuran besi.Pam ini mempunyai ketinggian 20 inchi.



BOTOL MINYAK BASIKAL ANTIK


Botol minyak ini mungkin dari tahun 1895-1897.Botol minyak ini diperbuat dari tenbaga dan campuran nikel.





Friday, May 11, 2012

Basikal Penny-Farthing tahun 1870

Basikal ini diberi nama penny-farthing dari tahun 1870.Basikal ini mempunyai roda yang besar di hadapan manakala roda di belakangnya pula kecil.Kelajuan nya pula boleh mencecah sehingga 20 mph.Walau pun begitu basikal ini tidak mempunyai ciri ciri keselamatan yang baik,kerana bentuk nya yang tidak seimbang.


Ciptaan nya sangat ringkas tapi sangat efisien,untuk mengerakan basikal ini kehadapan penunggang hanya perlu kayuh kehadapan , manakala untuk menberhentikannya pula penunggang perlulah melawan arah kayuhan dan basikal ini akan terhenti .begitu mudah bukan...